Peperiksaan PTD: Rujukan Lulus Peperiksaan PTD

Peperiksaan PTD: Rujukan Lulus Peperiksaan PTD adalah sebuah panduan khusus untuk membantu calon Peperiksaan PTD memiliki rujukan serba lengkap.

Sebelum itu mari kita lihat serba sedikit Format Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik beserta Contoh Soalan  Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Format Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Oleh kerana Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41 dibuat dalam bentuk Online maka Ujian Bertulis Esei Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris TIADA dalam peperiksaan nanti yang mana Ujian Bertulis akan dibuat semasa sesi Temuduga Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 nanti.

Pada sesi Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41 terakhir iaitu pada tahun 2014 calon perlu menjawab 3 Seksyen Soalan termasuk Ujian Psikometrik tetapi calon Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41 pada tahun 2016 hanya perlu menjawab 2 Seksyen sahaja iaitu:

1. Seksyen A – Pengetahuan Am adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber manusia/ infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ tanah/ daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi/kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan.

Contoh Soalan Pengetahuan Am Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

1. Berikut ialah Bidang-Bidang Keberhasilan Utama Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia kecuali:

A menangani kos sara hidup.
B mengurangkan perbelanjaan mengurus kerajaan.
C memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman.
D meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah.

Jawapan: B

2. Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) merupakan bantuan kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada:

I kanak-kanak.
II balu askar dan polis.
III orang kelainan upaya.
IV mangsa bencana alam.

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Jawapan: A

2. Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah yang mana Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan
item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

i) Kemahiran Menggunakan Logik

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

iii) Konsep Matematik

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 

i) Kemahiran Menggunakan Logik

Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41

ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41

Pada bulan April, bilangan pelancong luar negara telah menurun sebanyak 40% manakala bilangan pelancong tempatan adalah 1/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.

A 20 orang
B 40 orang
C 60 orang
D 80 orang

Jawapan: B

Teknik menjawab:

Pelancong luar negara = 40/100 x 400
= 160
= 400 – 160
= 240

Pelancong tempatan = 1/3 x 600
= 200

Beza pelancong Bulan April = 240 – 200 = 40

iii) Konsep Matematik

Setiap bulan, Daud membelanjakan 20% daripada gajinya bagi membayar bil utiliti berjumlah RM100. Sekiranya gaji beliau dinaikkan sebanyak 50%, berapakah jumlah yang perlu dibayar bagi bil utilitinya?

A RM100
B RM150
C RM200
D RM250

Jawapan: B

Teknik Menjawab :

20% – RM100
100% – 100/20 x RM100 = RM500
50% kenaikan gaji = RM750

Bil utiliti = 20% x RM750 = RM150

Anda Mahu Lebih Banyak Contoh Soalan Peperiksaan PTD: Rujukan Lulus Peperiksaan PTD?

 

Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik

Peperiksaan PTD: Rujukan Lulus Peperiksaan PTD

 

Di antara Isi Kandungan Ebook Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 ini:

1) Nota Pantas sebagai bahan bacaan berinformasi, penerangan lengkap Format Peperiksaan PTD, penerangan lengkap jawatan dan tugas Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41

2) Berpuluh-puluh Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41 bagi setiap Seksyen untuk membiasakan diri anda dengan bentuk soalan yang akan ditanya nanti.

3) Tips Menjawab Peperiksaan PTD dengan betul dan cara mengelakkan anda terperangkap dengan soalan. Ini SANGAT PENTING.

4) Banyak lagi Tips PENTING sebelum menduduki Exam PTD

Dengan memiliki Panduan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41 yang LENGKAP anda akan lebih bersedia dan yakin untuk menduduki Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41 nanti.

Percayalah TANPA rujukan, nota dan contoh soalan anda tidak dapat membayangkan bagaimana situasi semasa peperiksaan PTD dijalankan nanti.

Ebook Peperiksaan PTD: Rujukan Lulus Peperiksaan PTD ini  dihasilkan berdasarkan pengalaman dan maklumbalas calon peperiksaan PTD yang lepas. Maka, anda tidak perlu bimbang maklumat yang tidak sahih dan sebagainya kerana ebook ini telah membantu ribuan calon Exam PTD sejak 2009.

Bagaimana Cara Menempah Ebook Peperiksaan PTD: Rujukan Lulus Peperiksaan PTD ini?

Mudah sahaja HANYA Daftar dalam SENARAI MENUNGGU untuk kami maklumkan dengan pantas apabila ianya siap sedia untuk dilancarkan.

>> DAFTAR DALAM SENARAI MENUNGGU SEKARANG <<

Jadi yang PERTAMA tahu apabila dibuka nanti. Tinggalkan calon lain.

Like Facebook kami untuk Info Rujukan Exam PTD

Artikel Berkaitan:  PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41

Peperiksaan PTD: Rujukan Lulus Peperiksaan PTD adalah sebuah panduan khusus untuk membantu calon Peperiksaan PTD memiliki rujukan serba lengkap. PASTIKAN ANDA TIDAK TERLEPAS!

Blog berkaitan: Carian Semasa

Blog berkaitan: Informasi Kerjaya – Panduan Temuduga dan Peperiksaan Kerja Kerajaan

Advertisements

One thought on “Peperiksaan PTD: Rujukan Lulus Peperiksaan PTD

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s